Nuffnang

My Picture Slide Show

Lets Follow Me.....(",)

Thursday, August 25, 2011

Sejarah Penubuhan Felda Sahabat 03.

Salam Ukhuwah buat semua rakan-rakan blogger....
Ari nie Sahabat Setia Felda nak kongsi sedikit maklumat mengenai sejarah penubuhan tempat Sahabat Setia Felda dibesarkan... Dari kecik sampai sekarang semua bakti tertumpah disini, seperti kata pepatah "Tempat terjatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain"...dan insyallah selagi rezeki masih ada disini, Sahabat Setia Felda akan terus berbakti di tempat yang penuh dengan sejarah ini... pahit manis menjadi Generasi Kedua Felda akan sentiasa tersemat didalam hati....Hehehehehe....

Ok untuk makluman rakan-rakan Rancangan FELDA Sahabat 03 dibangunkan  pada tahun 1982/83 dan terletak kira-kira  550 KM ke Timur Bandar Kota Kinabalu dan bandar terdekat ialah Lahad Datu iaitu kira-kira 105 KM.
                                Keluasan Rancangan Felda Sahabat 03 ialah 1,182.24 hektar, ditempatkan peneroka pada tahun 1985 ( Tahun kelahiran Sahabat Setia Felda) seramai 188 keluarga dengan 22 suku kaum. Setiap keluarga peneroka diperuntukkan kawasan tanah pertanian seluas 5.660 hektar ( 14 ekar ) dan lot untuk rumah kediaman seluas ¼ ekar ( 0.101 Hek)
                                Mempunyai  kepadatan penduduk seramai 4,570  orang, terletak dalam Parlimen P.188 Silam dan Dun N.49 Tungku yang mana kebanyakkan masyarakat penerokanya berlatar belakangkan kehidupan nelayan dan petani sebelum memasuki tanah rancangan FELDA.

Ok itulah serba sedikit maklumat mengenai sejarah pembangunan Felda Sahabat 03 yang baleh Sahabat Setia Felda kongsikan.... sekarang jom kita lihat keadaan dahulu dan sekarang Felda Sahabat 03....
Keadaan Pintu Gerbang 1993


Keadaan Pintu Gerbang 2011



Mercu Tanda Dahulu


Mercu Tanda Sekarang

Rumah Peneroka Dahulu


Rumah Peneroka Sekarang

Pejabat Pengurusan Dahulu

Pejabat Pengurusan Sekarang

Kemuda Yang Di Sediakan oleh FELDA Untuk OKU

Masjid Jamek

Dewan Semai Bakti


S.M.K Desa Kencana

S.K Sahabat 16

Tabika Kemas

Shell

TM

Klinik Kesihatan Sahabat


Pusat Internet Sahabat

Pondok Telefon

Papan Tanda Blok ( Dahulu )

Papan Tanda Blok ( Sekarang )










 Walaupun Felda Sahabat 03 jauh daripada kawasan bandar namun pembangunan yang ada sama tarafnya seperti pembangunan di kawasan bandar itu maknanya Felda tak pernah lupa dengan Peneroka.... Selain daripada itu kemudahan Maybank, Pejabat Pendaftaran, Balai Polis, Pejabat Pos dan Kolej Komuniti yang di sediakan di Cenderawasih banyak membantu masyarakat Felda disini untuk dalam melaksanakan pelbagai urusan... 

Sahabat Setia Felda rasa cukup sampai disini dahulu maklumat yang di kongsikan... sampai berjumpa lagi ....Sayonaaaarrraaaaa............




5 comments:

Anonymous said...

salam en.
bole saya tahu sejarah pentukan felda sahabt 3 secara detail?

Bojek82 said...

Salam..public phone pun ada ka?
Haha...terbaik der!!menara shbat 3 takan tiada?

Bojek82 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam..Ada x peneroka felda sahabat daripada semenajung?

Anonymous said...

i325q1icqeu743 male sex dolls,horse dildos,sex doll,penis rings,wholesale sex toys,vibrators,horse dildo,vibrators,male sex dolls x296l7vfmnx160

Popular Posts