Nuffnang

My Picture Slide Show

Lets Follow Me.....(",)

Monday, September 12, 2011

Jom jadi malas!


Apa yang telah anda buat pada hari ini?
Lihat hari yang telah berlalu, adakah terisi dengan perkara berfaedah?
Seringkali kita mendengar pesanan ini

"Masa hidup sebelum mati"
"Masa sihat sebelum sakit"
"Masa muda sebelum tua"
"Masa kaya sebelum miskin"
"Masa senang sebelum susah"
Tapi adakah kita benar-benar mengambil iktibar
dari pesanan ini? Seperti satu kata pepatah
"Orang yang boros hanya hilang wang, tapi orang yang membazirkan masa telah rugi sebahagian daripada hidupnya"
Jika kita lihat Imam al-Ghazali, beliau membahagikan masa dengan 1/3 masa diperuntukkan untuk ibadah, 1/3 masa diperuntukkan untuk bekerja dan 1/3 masa lagi digunakan untuk belajar. Bagaimana pula dengan kita?
Marilah kita jadi malas untuk malas. Hargailah setiap detik masa yang berlalu dan rancang masa sebaiknya.





Smile Always

Wednesday, September 7, 2011

Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Salam Ukhuwah.....


Hai Semueeeerrrrrrr...... Nampaknya dah 9 hari kita meraikan hari kemenangan kita setelah hampir sebulan berpuasa. Ehm.... kali ini Sahabat Setia Felda nak kongsi sedikit ilmu untuk rakan-rakan pembaca semua... Dalam kita meniti hari kegembiraan di bulan mulia ini alangkah baiknya jika kita isi lagi amal kita dengan Berpuasa di bulan Syawal ini...Oleh itu Sahabat Setia Felda nak kongsi sikit mengenai Puasa 6 di Bulan Syawal....


Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.


Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.


Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”


Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.


Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.


Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.


Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.


Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.


Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.


Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?


Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.


Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.


Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.


Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.


Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
Amin....Semoga segala amalan kita semua akan sentiasa dirahmati dan diredhai..... Sekian dulu untuk kali ini....Bubye.....Sayooooonnnnaaaarrraaaa.......

sumber:
ukhwah.com

Monday, August 29, 2011

Salam Merdeka Raya......

Yeeeeeeeaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyy.....................


Alhamdulillah..... setelah hampir sebulan menjalani ibadah puasa akhirnya bulan ramadhan akan melabuhkan tirainya pada hari ini.......sedih rasanya....adakah akan ada lagi kesempatan untuk kita berpuasa di masa akan datang.....ehmmmm? semuanya kuasa Allah.....Sebentar lagi kita akan meraikan lebaran dan pada keesokan harinya pula kita akan meraikan Hari Kemerdekaan negara kita..... alhamdulillah....sehingga ke hari ini kita masih lagi boleh bernafas dengan sempurna...itulah jasa2 pejuang tanah air yang dulu...jasamu sentisa dikenang.... amin....semoga keamanan ini akan berkekalan seiring dengan matlamat kita semua.......alhamdulillah....
Ok la....Sahabat Setia Felda ingi mengakhiri coretan ini dengan serangkap pantun.... Terimalah...........

Bergema Takbir Sayu Terasa,
Diiring Dengan Titisan Airmata,
Bendera Kukibar Dengan Semangat Waja,
Terus Gemilang Dihari Raya.......



Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..Dan Selamat Menyambut HARI KEMERDEKAAN Buat Semua Rakyat Malaysia.........................

Friday, August 26, 2011

Cerita Si Anak Kambing


KISAH ANAK DAN IBU KAMBING......

Pada suatu hari sekeluarga kambing sedang makan rumput di padang ragut.Sedang seronok mengunyah sehelai demi sehelai rumput tiba-tiba............... anak kambing terhidu bau yang sangat menyusuk hidungnya, lalu dia pun tercari-cari datangnya bau tersebut dan terhenti di bawah ketiaknya. Saat itu dia pun tersedar yang bau itu datang dari badannya sendiri.Dia pun bertanya kepada ibunya....
            " Ibu... ibu...."
            " Ya anak ku........ "
            " Ibu, kenapa badan kita berbau busuk ibu? "
            " Oh, tak apalah nak. Walaupun badan kita berbau busuk tetapi BUSUK LAGI BADAN
             SI PEMBACA CERITA INI…………..”

Semai Bakti



Gagah Mara Menyemai Bakti
Penuh Daya Setulus Hati
Khidmat Setia Luhur Berbudi
Demi Negara Yang Dicintai

Padu Ikatan Rukun Damai
Murni Hasrat Bulat Muafakat
Semai Bakti Bukti Di Tuai
Usaha Tegas Membawa Berkat

Disemai Bakti Ditabur Jasa
Cetusan Syahdu Semangat Waja
Biar Seribu Cabaran Tiba
Negara Makmur Yang Utama

Bakti Diberi Penuh Setia
Dengan Rahmat Yang Maha Esa
Erat Sepakat Bina Felda
Seiring Haluan Ke Puncak Jaya

Gagah Mara Menyemai Bakti
Penuh Daya Setulus Hati
Khidmat Setia Luhur Berbudi
Demi Negara Yang Dicintai

Padu Ikatan Rukun Damai
Murni Hasrat Bulat Muafakat
Semai Bakti Bukti Dituai
Usaha Tegas Membawa Berkat

Disemai Bakti Ditabur Jasa
Cetusan Syahdu Semangat Waja
Biar Seribu Cabaran Tiba
Negara Makmur Yang Utama

Cinta


Cinta…

Cinta memang sukar untuk ditafsir
Cinta selalu menimbulkan kegudahan dihati
Bagaikan air dilautan
Terkadang ada pasang dan surutnya
Dan takkan ada habisnya
Itulah namanya cinta

Cinta…
Cinta bagaikan bunga mawar
Kembangnya cantik dan harum namun berduri
Selalu Menjadi igauan si pemuja cinta
Yang terkadang leka tanpa arahnya

Namun…
Terkadang sulit untuk mendapatkan cinta sejati
Jika cinta tiada wujudnya
Maka lenyaplah istana tajmahal
Yang Menjadi lambang cinta dua jiwa
Ha..ha..ha..ha…

Cinta…
Penuh tanda tanya
Memiliki nilai yang suci
Yang harus dijaga dan dipelihara


Nukilan,
Sahabat Setia Felda

Kenali Diriku



 
~Kenali Diriku~

                                                          Perkenalkan Namaku Max
Kutahu Hidupku Tak Sempurna
Keranaku Bukanlah Insan Yang Sempurna
Tapi Yang Kini Ku Cari...?
Bagaimana Menyempurnakan Hidup?

Dan Yang Perlu Kau Ketahui
Aku Bukanlah Lelaki Macho?
Aku Tak Punya Kereta Mewah?
Dan Aku Tak Punya Tumpukan Harta?

Tapi Aku Punya Hati Yang Ingin Disayangi...
Aku punya Sahabat Yang Setia...
Aku Punya Teman Yang Sejati...
Aku Punya Keluarga Yang Bahagia...
  Dan Aku Punya Dia Yang Sentiasa Menyangiku...

Hati...?
Melahirkan Perasaan...
Yang Sukar Digambarkan Dengan Kata-Kata...
Sentiasa Ingin Di Manja Dan Disayangi...
Namun Ada Kalanya Ia Akan Terluka...
Sekiranya Ia Disakiti...

Sahabat...?
Hadirnya Membawa Sinar Dalam Hidupku...
Selalu Menenangkan Aku Disaat Aku Gelisah...
Selalu Menghiburku Kala Aku Bersedih...

Teman Sejati...?
Teman Yang Sukar Dicari...
Hadirnya Tiada Berganti...
Bagaikan Bintang Berkelip Dimalam Sepi...
Walau Jauh Mana Jarak Memisahkan...
Ia Selalu Ada Dihati...

Keluarga...?
Sebuah Ikatan Yang Terjalin Dengan Gabungan Dua Hati...
Dengan Kasih Sayang Dan Ikatan Yang Sah...
Yang Tak Mungkin Akan Terpisah...
Untuk Selamanya...

Dia...?
Dia... Ya Dia...
Senyumanya...
Lirikan Matanya...
Gerak Gerinya...
Semuanya Kuamati...
Ya... Tanpa Diketahunya?
Tak Tahu Mengapa Kurasa Sunyi...
Bila Berjauhan Denganya...
Jiwaku Terasa Kosong Jika Tak Di Sampingnya...
Adakah Ini Namanya CINTA...

Ya Itulah Aku...
Walau Hidupku Tak Sempurna...
Tapi Tuhan Telah Menciptakan...
Hati Yang Suci Untukku...
Sahabat Yang Terbaik Untukku...
Teman Yang Sejati...
Keluarga Yang Bahagia...
Dan Dia Yang Sentisa Kudamba...



Design By,
Max @ Fie
Lizardmacho_85@yahoo.com

Thursday, August 25, 2011

Sejarah Penubuhan Felda Sahabat 03.

Salam Ukhuwah buat semua rakan-rakan blogger....
Ari nie Sahabat Setia Felda nak kongsi sedikit maklumat mengenai sejarah penubuhan tempat Sahabat Setia Felda dibesarkan... Dari kecik sampai sekarang semua bakti tertumpah disini, seperti kata pepatah "Tempat terjatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain"...dan insyallah selagi rezeki masih ada disini, Sahabat Setia Felda akan terus berbakti di tempat yang penuh dengan sejarah ini... pahit manis menjadi Generasi Kedua Felda akan sentiasa tersemat didalam hati....Hehehehehe....

Ok untuk makluman rakan-rakan Rancangan FELDA Sahabat 03 dibangunkan  pada tahun 1982/83 dan terletak kira-kira  550 KM ke Timur Bandar Kota Kinabalu dan bandar terdekat ialah Lahad Datu iaitu kira-kira 105 KM.
                                Keluasan Rancangan Felda Sahabat 03 ialah 1,182.24 hektar, ditempatkan peneroka pada tahun 1985 ( Tahun kelahiran Sahabat Setia Felda) seramai 188 keluarga dengan 22 suku kaum. Setiap keluarga peneroka diperuntukkan kawasan tanah pertanian seluas 5.660 hektar ( 14 ekar ) dan lot untuk rumah kediaman seluas ¼ ekar ( 0.101 Hek)
                                Mempunyai  kepadatan penduduk seramai 4,570  orang, terletak dalam Parlimen P.188 Silam dan Dun N.49 Tungku yang mana kebanyakkan masyarakat penerokanya berlatar belakangkan kehidupan nelayan dan petani sebelum memasuki tanah rancangan FELDA.

Ok itulah serba sedikit maklumat mengenai sejarah pembangunan Felda Sahabat 03 yang baleh Sahabat Setia Felda kongsikan.... sekarang jom kita lihat keadaan dahulu dan sekarang Felda Sahabat 03....
Keadaan Pintu Gerbang 1993


Keadaan Pintu Gerbang 2011



Mercu Tanda Dahulu


Mercu Tanda Sekarang

Rumah Peneroka Dahulu


Rumah Peneroka Sekarang

Pejabat Pengurusan Dahulu

Pejabat Pengurusan Sekarang

Kemuda Yang Di Sediakan oleh FELDA Untuk OKU

Masjid Jamek

Dewan Semai Bakti


S.M.K Desa Kencana

S.K Sahabat 16

Tabika Kemas

Shell

TM

Klinik Kesihatan Sahabat


Pusat Internet Sahabat

Pondok Telefon

Papan Tanda Blok ( Dahulu )

Papan Tanda Blok ( Sekarang )










 Walaupun Felda Sahabat 03 jauh daripada kawasan bandar namun pembangunan yang ada sama tarafnya seperti pembangunan di kawasan bandar itu maknanya Felda tak pernah lupa dengan Peneroka.... Selain daripada itu kemudahan Maybank, Pejabat Pendaftaran, Balai Polis, Pejabat Pos dan Kolej Komuniti yang di sediakan di Cenderawasih banyak membantu masyarakat Felda disini untuk dalam melaksanakan pelbagai urusan... 

Sahabat Setia Felda rasa cukup sampai disini dahulu maklumat yang di kongsikan... sampai berjumpa lagi ....Sayonaaaarrraaaaa............




Popular Posts